Menu Tab

Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

Ketika tersebar cerita bahawa Zulaikha telah mengorat Nabi Yusuf, wanita2 di kota itu membawa mulut tentang hal itu.

Zulaikha akhirnya memanggil wanita2 di kota itu datang ke istana untuk melihat sendiri ketampanan Nabi Yusuf. Betapa kacak dan tampannya Baginda, dikatakan menyamai separuh dari kecantikan semua makhluk sehingga hari kiamat. Bermakna kalau kumpul semua orang yang cantik dan handsome sampai kiamat pun, cuma taraf separuh saja ketampanan Nabi Yusuf. Masya-Allah.

Dan bila wanita2 itu datang ke istana, mereka dijamu dengan buah-buahan.

Ketika mereka sedang memotong buah-buah itu, Zulaikha memanggil Nabi Yusuf (ketika itu sebagai hambanya) ke dewan itu.

Maka terkesimalah wanita2 tersebut sehinggakan tak sedar terhiris jari mereka sendiri.

"Maka apabila (Zulaikha) mendengar cacian mereka, iapun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka tatkala mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain, melainkan malaikat yang mulia!" [12:31]

Maka Zulaikha berkata "Inilah pemuda yang telah membuat hatiku terdorong dengan ketampanannya. Kalau kamu juga berasa begitu, janganlah kamu mencela aku lagi"

Wanita2 itu berkata "Kami tidak akan mencelamu lagi".

Moral : Don't judge people until you know things they're going through.


SUMBER

No comments:

Post a Comment

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~