Menu Tab

Berenang-renang Di Pullman

Assalamualaikum,

Weekend baru ni kononnya nak sambut birthday biras kat pullman. Dah alang-alang sampai tu, kita orang standby jelah baju anak untuk mandi. Bapaknya tumpang sekaki. Kononnya alasan anak menangis tak mau berenang kalau tak ada bapaknya. Haha... 

Seronok tengok budak-budak main air. Ada yang untuk budak 2 tahun ke bawah. Macam Zulaikha yang dah 4 tahun tu masuk kolam yang paras dada dia je. Tapi kalau bapak dia terjun sekali, terus kering air dalam kolam tu hahahaha...

Zulaikha kalau tak ada cousin dia sekali memang tak ada nye nak berenang. Sikit2 panggil nama cousin dia tu ajak main air sama2. Pantang kalau cousin dia tu tak de kat depan mata, sibuk mencari. Haha.. cousin dia tu pulak ramai kawan. Memang boleh masuk ngan siapa2. Macam dia, kalau kawan dengan sorang tu, sorang tu jelah dia kawan. Ikut perangai siapalah tu? Ngeee...

Alasan bapak dia sebenarnya konon tak nak berenang. Lastly korang boleh tengoklah macam mana seronoknya bapak dia berenang. Dah macam bapak dugong dah ku tengok. Haha... yang penting deme happy. Masuk hanya RM2 je. Berenang cuma 2 jam. Air dia sangat bersih. Time ni kalau daku bawak baju renang muslimah tu, dah lama join sekali. Ngeee... Next time pergi lagi naaaa...


No comments:

Post a Comment

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~