Menu Tab

Saya Rindu Sofa 1+2+3 Yang Lama

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak share pasal sofa lama yang saya dah jual baru-baru ni. Apa punca saya nak jual sofa-sofa yang masih cantik tu? Sebabnya sofa-sofa berkenaan telah membuatkan rumah saya jadi sempit dan tak ada ruang nak lepak berguling-guling macam hindustan kat bawah. Haha...


Tak sayang ke? Haish! Mau tak sayang. Dah tiga tahun pakai sofa tu, mestilah sayang nakjual. Tapi apakan daya saya lebih pentingkan kelapangan rumah. So nak tak nak ku jual jugaklah sofa itu. Mula-mula decide nak jual kat barang terpakai. Tapi nak ke dia ambil RM600? Separuh harga dari harga asal saya beli? Memang tak mungkinlah kan? So saya terfikir nak jual sofa kat mudah.my yang mana lebih senang nak jual.

Korang bayangkan dalam masa dua hari, dah ada 3 buyer yang bertanya pasal sofa saya tu? MasyaAllah, macam pisang goreng panas sofa saya tu. Saya pun tak tau tang mana yang cantik sofa tu sampai orang nak beli. Hehe... so, bila sampai hari ke tiga, ada lagi 2 buyer bertanya pasal sofa saya tu. Dah kami pulak terpaksa buat kata putus, iklan ni hanya untuk serius buyer dan boleh buat payment cepat.


So di hari ke empat, salah seorang dari 5 buyer tadi telah membuat kata putus utk mengambil sofa saya tanpa banyak soal dan ceritanya. Dapatlah sofa itu kepada tuan baru iaitu seorang inspektor polis. Saya suka berurusan dengan dia yang tak banyak cerita berbanding dengan buyer yang lain yang mana macam tak serius nak beli.

Saya tak gemar orang cerewet tp nak beli barang second hand. Padahal dah cukup lengkap dan jelas gambarnya di publish kat mudah.my. Condition pun dah dinyatakan, baru pakai 3 tahun. Masih cantik dan kemas. Itu pun masih tanya lagi conditionnya. Kalau rasa was-was dgn barang second hand, beli jelah sofa baru. heeeee...

i am gonna miss my sofas huhu..

1 comment:

  1. cantik la sofa tu sis...masih elok lg
    aah klo kita jual kat kedai..sure diorg akan ambik harga serendah2nya
    tahniah abg polis..blh la abg polis bersantai nengok tv atas sofa ni
    Sertai Segmen Jom Beramah Mesra
    Sambil berkenal-kenalan, peserta bakal memenangi hadiah.
    Menawarkan hadiah:
    Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Jam tangan 2x, Dress & Fridge magnet 2x.
    Jom meriahkan bersama! Jemput join :)

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~