Menu Tab

Ayah Janganlah Marah Mama

Assalamualaikum,



Budak2 ada perasaan. Janganlah marah atau bergaduh depan dia. Walau kesilapan kecil pun si anak anggap ia besar. Al kisahnya begini. Sayakan tak sihat dari malam isnin. Encik suami macam biasalah, dia rajin memasak so dia masaklah untuk saya yang tak sihat ni. Memang kesian tengok dia uruskan rumah walaupun anak sorang. Mak ngan anak dia kena jaga.

Nak dijadikan cerita, dia masakkan bubur nasi, lauk ikan singgang, ikan bilis goreng dan telur letak daun bawang. Buat kerja dah cantik dah cuma suami saya ni tak suka letak dalam bekas. Lepas dah cincang2 daun bawang, dia biar je kat atas papan pemotong. Nak jadi cerita masa tu kebetulan ada plastik buah kat tempat dia buat kerja tu. Saya jadi rimas tgk dia buat kerja sempit2 cam tu. So, dgn baik hati saya pun angkatlah plastik buah dan terheretlah sekali dengan papan pemotong yang ada daun bawang yang dicincang tadi. Tak sangka pulak plastik tu berat, tak terangkat tu yg terheret sekali dgn papan pemotong.

Apa lagi, suami saya tertinggi sikit suaranya kat saya depan anak. Ayat dia biasa je, "Apa mama ni?! Dah jatuh dah!!" Anak saya yang masa tu tengah makan roti kat situ terdiam. Dia pandang muka saya yang tak sihat tu, dia pandang muka ayah dia yang nampak bengis tu. Saya pun cakaplah, alah tak apa boleh basuhlah daun bawang ni. Saya pun kutip balik daun bawang yang bersepah tadi. Bukan tak boleh basuh pun kan? Yang anak saya tadi terus turun, sebab kesian tengok mama dia kena kutip sorang2. Tiba-tiba dia cakap "Ayah janganlah marah mama! Cian mama tau!" Bebel Zulaikha sambil tolong kutipkan daun bawang tadi. "Kita tolong mama kutip ya. Ni mama..."

Hu..hu.. terharu mak ni tengok anak dah ada perasaan. Suami aku yang tadinya nampak macam angin semacam terus senyum sebab lucu dan terharu bila Zulaikha cakap macam tu. So, moral of the story janganlah tinggi suara depan anak. Saya siap buat pesanan penaja kat suami. Nak marah, simpan dalam hati. Nak gaduh, biar dalam bilik. Panas hati macam mana pun tetap senyum depan anak. Terima kasih buat suami ku sebab tolong kemas rumah dua tiga hari ni. Memang kalau saya sakit, rumah dah macam tongkang pecah jadinya. Ha..ha..