Menu Tab

Mahirah Can't Take It Anymore

Assalamualaikum,

Sejak masuk biggest loser ni, banyak makanan yang aku gemar kena cantas habis-habisan.
Hopefully dengan usaha ini dapatlah aku berdiet dengan baik.
Yang penting pola pemakanan kena betul.
Tak boleh ambil makanan sesuka hati dah.
Semua kena ambil yang healthy food.
GAMBATEH MAHIRAH!

Aku Hadiah Anniversary Terbaik Katanya?


Assalamualaikum,

Hari ni hari anniversary kami yang ke 7 tahun perkahwian. 
Alhamdulillah... semoga usia perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.
Di tanya pasal hadiah kat suami, dia nak hadiah apa? Malas nak berahsia2 sangatkan.
So jawapannya "Sayang adalah hadiah terbaik untuk abang." katanya.
Saya jawab. "Ehm... yalah..."
So, tak adalah hadiah untuk diakan kalau itu jawapan dia?
Nghehehe...

Terima kasih my lovely husband kerana menjadi pemimpin terbaik dalam keluarga kita.
In shaa Allah biarlah ia kekal abadi selamanya.


Apa Dah Jadi Dengan Blog Saya?

Assalamualaikum,

Apa dah jadi dengan blog saya ya? Korang jadi tak macam ni?


Shopping Novel Lagi Ngeee...

Assalamualaikum,

Semalam saya dah terima novel yang saya beli dari Kaki Novel. Kaki novelkan ada buat offer RM10 sebuah novel pada bulan october baru-baru ni. So, kami yang rambang mata ni pun boronglah 8 buah buku untuk di baca masa lapang nanti. Malangnya kami cuma terima 7 buah je. Masih deal dengan kaki novel, apa cerita dengan 1 buah novel lagi yang dia orang tak poskan tu? Dapat ke tidak? Kalau tak dapat atau dah sold out, gantikanlah dengan novel lainkan? Janganlah pos kurang dari oder bayaran yg dah dibuat. Tapi mereka cuma senyap je huhu.. Kecewa makcik tau...

Tajuk Novel yang saya order:
1. Kerana C.I.N.T.A - tak terima
2. Penjara Rindu - terima
4. Seandainya - terima
5. Ops! Pintu Hatiku - terima
8. Kerana Sebuah Janji - terima

So, berbalik pada cerita tadi. Inilah dia novel2 yang kami beli. Tak taulah, buku karangkraf yang hari tu pun masih tak baca lagi. Sy dah tambah lagi buku dari kaki novel. Mujur ler saya share dgn kawan sorang 4 buah buku beli. Nanti buat sistem bater jelahkan. Pinjam2 sesama sendiri kalau dah habis baca. Sy suka beli novel buat koleksi. Kawan sy beli novel mmg dia pulun baca sungguh2. Hope lepas dah selesai tugas mengarang SAJS ni, dapatlah sy pulun baca semua novel2 ni semua.