Menu Tab
▼
Tips memutihkan gigi guna bahan semulajadi
30 Okt – Risau dengan gigi anda yang dulunya putih namun kini telah berkarat? Banyak punca yang boleh mengakibatkan kekuningan gigi. Antaranya, malas menggosok gigi, cara menggosok yang salah, dan merokok.
Dibawah terdapat beberapa bahan semulajadi yang mampu membantu anda mengatasi masalah ini.
Lemon & garam
Campurkan perahan jus lemon bersama sedikit garam dan berkumur. Amalkannya seminggu sekali sudah memadai kerana terlalu banyak berkumur mengunakan garam boleh merosakkan lapisan gigi jika terlalu kerap berkumur.
Strawberi
Mesti ramai yang tidak tahu tentang ini bukan? Selain ia sedap dimakan , strawberi mampu membantu memutihkan gigi anda. Tidak perlu membuat ramuan, cuma ambil buahnya dan gosok pada gigi anda.
Arang kayu
Arang kayu yang anda selalu guna untuk barbeku juga mampu membantu anda mengurangkan kekuningan gigi. Sama seprti di atas, cuma gosokkan sahaja pada gigi.
Biji buah pinang
Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. Selain itu, ia memperkuatkan gigi juga.
Kulit jeruk
Kulit jeruk yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi anda. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Namun bagi anda yang mempunyai gigi sensitif, berwaspadalah kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu mungkin tidak sepadan dengan gigi anda.
Sumber Yahoo