Menu Tab

Suamiku Anak Jiran Sebelah [7]


BAB 7


SEMASA pembentangan budgetberlangsung, Amira begitu focus mencatat sesuatu di atas buku comel dia tu. Berpeluh juga dia mencatat minit walaupun penghawa dingin dalam bilik mesyuarat tersebut mampu menampung suhu sejuk untuk sepuluhahli mesyuarat. Sesekali Amir memandang Amira yang sikit pun dia tidak memandang pada slidepresentation di hadapan.
“Untuktraveling budgettahun depan, I anggarkan kita perlu dalam RM80k.”
Traveling tahun lepas kita budget berapa ribu?” Puan Zalina bertanya.
“RM50k puan.”
Budget tahun ni berapa ribu?”
Upjadi RM65k.”
For next year budget, you up lagi jadi RM80k?”
“Ya puan.”
“Uih, banyak sangat ni Zuhairi.”
Puan Zalina membetulkan duduknya. Suasana bilik mesyuarat menjadi gamat. Masing-masing bercerita sesama sendiri tentang budgetkewangan yang dibentangkan oleh Amir ketika itu. Terlihat salah seorang ahli mesyuarat mengangkat tangan.
“Puan!I nak celah sikit.” Kata pegawai dari bahagian pengurusan projek.
Yes, apa dia Taufiq?”
“I setuju dengan amount RM80k tu. Amount yang Zuhairi anggarkan tu adalah berpandu pada projek yang tengah jalan sekarang. I tak nak nanti jadi macam last year terpaksa guna budgetunit lain.”
Kini semua mata memberi tumpuan kepada anak muda itu termasuklah Amira yang sudah bersedia untuk mencatat sesuatu.Usahalah dia memahami issue yang dibincangkan walaupun sebenarnya dia tidak faham.
“Biasalah EBITDA crisis.” Celah beberapa suara.
Dah, menatang apa pulak EBITDA tu wei?! Amira menggaru kepala dengan hujung kilometrico pen.Kemudian menulis perkataan itu di dalam buku.Nampak benar wajahnya celaru. Banyak yang perlu dipelajari dalam syarikat ini. Terdetik juga di hatinya, andai satu masa tiba gilirannyaperlu membentangkan issuebudget tahunan, mampukah dia lakukan perkara yang sama seperti Amir di hadapan sana?

Zulaikha Kena Ambil Nebulizer Lagi

Assalamualaikum


Aduhai... kesiannya anak aku kena ambil neb lagi. Boleh kata setiap bulan dia kena ambil neb. Asal batuk je kena ambil neb. Tak sanggup tengok dia cam ni. Melepek je atas tilam. Penat agaknya sebab asyik batuk je. Lepas ambil nab tadi kuranglah batuk dia. Cuma dada masih berombak dan masih ada bunyi. Nafas laju macam tak cukup tarik. Malam karang kena ambil neb lagi. Supaya tidur malam dia lena. Kalau tak taku jadi macam malam tadi. Dia merengek je tak boleh tidur sebab susah nak nafas. Tersengguk-sengguk daku asyik jaga tengok keadaan dia bila asyik merengek. Memang kesianlah malam tadi asyik batuk je. Dahlah budak ni payah makan ubat klinik. Saya harapkan ubat hemeopathy je bagi kat dia. Kalau ubat klinik, sure dia luah balik.


Patutlah rasa tak sedap hati dua tiga hari ni, rupanya nak berlaku perkara macam ni. Moga2 cepatlah sembuh anak ku. Sedih mama tengok. Huhu..

Giveaway October By Emas Putih



Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi


JOM JOIN GA EMAS PUTIH!
SAYA SALAH SEORANG SPONSOR GA EMAS PUTIH!
MANA TAU REZEKIKAN?
(^^,)