Menu Tab

Follower ke 400

Assalamualaikum,

Yeay! Hari ni kita dah cecah follower ke 400. Seperti biasa sy akan umumkan follower yg ke 400 sy. Beliau adalah... jeng! jeng! jeng!


Elina Gadis Seman!!! Yeay...
Terima kasih kepada follower Elina Gadis Seman sbb jadi pelengkap follower yg ke 400 di blog sy.

Okay, sebenarnya saya nak share link blog dia tapi tak jumpa cari pulak. 
Kalau dia terbaca post sy ni, silalah tampilkan diri utk beri link blog ya kalau sudi.
Manalah tau ada follower lain yang nak friend2 ngan dia.
Tak tau mana nak cari link main explore je. Heee...

Keep in touch dear!

Ayam dicemari bakteria Salmonella punca keracunan makanan

SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA
MKF KAY NM
p/s : walaupun dah terlambat tapi nak share jugak. Sebenarnya tuan rumah kena peka bab2 penyimpanan makanan dgn betul. Ada pulak beli ayam hari jumaat tak simpan dlm peti ais. Simpan dlm suhu bilik memanglah BUSUK. Kalau dah ayam tu berbau, buat apalah dimasak jugak? Kan menganiaya tetamu. Benda boleh fikir kot... jgn fikir tak cukup makanan... kalau dah melibatkan nyawa manusia ni, rasa bersalah tau... trauma org nak dtg kenduri...

Solat Dhuha Jom

Assalamualaikum,

Jom solat dhuha. Banyak masa ni.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?
Jom bentang sejadah, solat dhuha.
Ini doa selepas solat. Wajib hafal. Boleh di amalkan seharian.