Menu Tab

Pendapat saya : Kanak-Kanak Mati Ditinggal Dalam Kereta

Assalamualaikum,

Walaupun isu ni dah berlalu beberapa hari tapi saya rasa nak kupas juga sikit berkenaan dengan isu ni bila mana ada sesetengah pihak yang cuba melemparkan kata2 kasar terhadap si ibu. Terus terang cakaplah, kita tak berada di tempat dia, so kita tak tau apa yang berlaku. Jangan senang2 nak lemparkan kata-kata kasar seperti ini. Kalau si ibu baca mesti sedih.

Saya baca sesetengah ayat di facebook yang mengutuk si ibu tu pun rasa sakit mata. Antara ayat yang saya rasa tak boleh terima.

"Apa jenis maklah kalau suka sangat tinggal-tinggalkan anak dalam kereta??? Benda dah jadi, menangis pun tak guna!! Tak apa, kau beranak je lagi, lepas tu kau tinggalkan lagi dalam kereta tau, apa ada hal???"

Itu satu ayat yang tak patut di lemparkan, dalam erti kata kurang ajar.

"Macam manalah anak sendiri pun boleh lupa? Ni mesti jenis lepas tangan."

Mana kau tau si ibu tu jenis lepas tangan? Jangan main tuduh je bhai!

"Buat je anak baru, lepas tu jangan tinggalkan dalam kereta, tinggalkan je tepi jalan..."

Patut ke manusia ni keluarkan ayat seperti ni? Sepatutnya bagilah kata2 pengajaran. Bukan kata2 kutukan. Tak kena dekat dia bolehlah cakap macam tu. Cuba kalau dah kena batang hidung sendiri, baru tau tinggi langit ke rendah. Ingat ni di bulan puasa, kena jaga mulut dan hati. Jangan ikut sedap mulut je nak cakap.

Saya suka ayat sorang pengguna facebook yang sangat positif dan bermotivasi di bawah ni.

"Bersyukur dugaan yang di begitu hebat diterima oleh orang yang tepat. Beliau seorang yang sangat baik. Kebajikan anak-anak memang didahulukan. Tapi ketentuan Allah tak dapat di lawan. Besyukur jugak dugaan tu tak jatuh pada kita tetapi Allah memilih orang yang betul2 untuk terima ujianNya. Doakan semoga dia terus tabah dan berdoa juga supaya kita dijauhkan dari ujian sedemian.

Mak mana yang nak tinggalkan anak dalam kereta di tengah panas terik? Tak ada... Kadang2 semua ni diluar jangkaan. Macam kes si ibu ni memang dia betul2 terlupa disebabkan terkejar-kejar masa. Apa yang saya faham SOP mak dia sebelum ni anaknya dijaga adik dia. So, dah lama tak hantar anak ke pengasuh beberapa hari. Kebetulan masa tu hantar adik dia ke airport dan mungkin mind set dia kata dah hantar anak ke pengasuh sebelum hantar adik dia ke airport dan dia terus ke tempat kerja. Lagi pun anak dia tengah tidur. Mungkin dia pun tak perasan dan lupa. Kalau anak dia melompat2 tu mungkin dia sedarlah anak dia ada kat belakang. Itulah kronologi dia yang saya faham. Suka saya ulang, kita tak berada ditempat dia, so kita tak tau. Saya percaya ramai yang pernah terlupa. Cuma lesson learn. Kita jadikan pengajaran.



Mood Raya Sudah Mula

Assalamualaikum

Mood saya untuk bekerja sudah kurang. Mood raya sudah naik. Dah cuba untuk bersemangat tapi tak ada jiwa masa buat kerja. Apa macam ni? Korang macam mana? Semangat lagi tak bekerja hihi? Apa pun Selamat Hari Raya pada semua blogger.