Menu Tab

I love you Zulaikha

Assalamualaikum,

Mengimbau kembali dunia Zulaikha. Pejam celik je anakku dah besar. Tahun depan dah nak sekolah. Dulu lahirkan dia, tapak kaki sebesar ibu jari je. Now jadi anak dara dan besar keletah. Besar tanggungjawab nak mendidiknya. Dialah satu2nya harta yang perlu sy gilap dan jaga untuk membentuk masa depan dia. Hope Zulaikha jadi anak yang solehah pada mama dan ayah ya.


Zulaikha 3 bulan

Zulaikha 3 tahun 5 bulan

Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 bagi seluruh negeri.




Kadar bayaran Zakat Fitrah 2013 bagi seluruh negeri.

Perlis ~RM6.00

Kedah ~RM7.00

Pulau Pinang ~RM7.00

Perak ~RM7.00

Selangor ~RM7.00

Negeri Sembilan ~RM6.50

Melaka ~RM6.50

Johor ~RM5.00/8.00*

Pahang ~RM7.00

Terengganu ~RM4.50/7.00/7.60*

Kelantan ~RM7.00

Sarawak ~RM6.50

Sabah ~RM7.00

(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan ~RM7.00


*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza


mengikut jenis dan gred beras

Ramadhan Giveaway by ZZ

Nak join sila ke antry ni

Hadiah untuk pemenang:

Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)
Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)
Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)
Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)
Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)
5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10

PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG. 

Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi

Assamualaikum,

Kali ni saya ingin berkongsi zikir yang sangat saya suka dan gemar mendengar di waktu saya gelisah. Zikir ni juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya sewaktu saya merindui seseorang. Kita wajib menanamkan sifat yakin pada Allah s.w.t. Zikir ni dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah s.w.t serta ingatan kita padaNYA. Malah dibulan puasa ni juga kita disuruh untuk banyakkan beramal dengan berzikir.

Kalau korang semua rasa rindu akan seseorang, lafazkan dan bacalah zikir ini supaya hati korang rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan rindu itu kepada rindu yang Maha Esa lagi baik. Lebih afdhal lagi kalau kita fahami maksud erti setiap bait ayat zikir ni dan kita berserahlah pada Allah s.w.t.

Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita. =)

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah



Syamil

Terlepas Sahur

Assalamualaikum,

Malam tadi tak tau kenapa letih sangat. Letih sebab memikirkan sesuatu perkara. Sampai tertidur lepas isyak dan tak bangun sahur. Macam manalah daku survive hari ni tanpa minum air masak tadi dalam keadaan batuk dan sakit tekak. Semoga saya dapat bertahan hingga ke petang.