Semalam kami pergi jemputan wedding cousin. Meriah sebab dua pasangan sekali bersanding. Jumpa semula sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Yang dah berpindah. Contoh macam mak abah sayalah, dah pindah tak bagitau alamat. Jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Masa nilah kalau nak bermesra dan mengeratkan sillaturahim. Kalau nak tunggu raya memang lama lagilahkan. I feel seronok dan my doter pun seronok sebab hidangan pun meriah juga. Lebih-lebih lagi, si Zulaikha tu dah nampak aiscream confirm nak. Mak dia nak rasa pun tak bagi hehe...
Cuma sayangnya saya tak sempat nak bergambar sama. Sebab nak balik cepat, ada urusan lain. Dapatlah gambar yang dishare di facebook oleh pihak keluarga. Tahniah pada mereka. Menjadi raja sehari. Dulu masa jumpa, masing-masing masih kecil. Allah hai, rindu betul zaman kecil-kecil dulu. Sekarang masing-masing dah dewasa dan ada keluarga sendiri.
Suria Azhar dan Suria Hadi
TAHNIAH!
Nak jadi cerita, masa nak balik salam ibu pengantin. Dia terconfuse muka saya dan adik saya. Banyak kali dah sebenarnya saya perasan perkara ni. Ramai yang ingat kami kembar sedangkan kami tidak. Beza umur pun 3 tahun. Agaknya fasion tudung lebih kurang tu yang confuse agaknya. Kebetulan semalam adik saya tak dapat hadir sama sebab kursus. So, ibu pengantin ingat zulaikha tu anak buah. Hehehe... Apa pun terima kasih dengan undangan. Semoga pasangan bahagian ke akhirat.
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~