Menu Tab

Tips untuk betulkan gincu yang patah



Kebanyakan golongan wanita pasti akan mengalami saat di mana gincu anda patah atau cair walaupun baru beberapa kali digunakan pada bibir. Sudah semestinya perasaan anda ketika itu teruk terutamanya jika gincu tersebut merupakan hadiah istimewa daripada orang tersayang atau baru sahaja dibeli. Jangan bersedih lagi kerana adanya cara-cara yang sangat senang untuk mengembalikan semula gincu anda yang patah ke bentuk asal. Baca arahan dan bahan yang diperlukan seperti di bawah untuk proses membetulkan gincu anda semula. 

Bahan yang diperlukan:Pemetik api atau mancis

Cara-cara: 1) Gunakan satu batang mancis atau pemetik api untuk mencairkan bahagian paling atas gincu yang masih melekat pada tiub secara perlahan-lahan. 

2) Kemudian, letakkan bahagian gincu yang patah ke atas bahagian gincu yang telah dicairkan tadi. 

3) Panaskan sedikit bahagian gincu yang telah dicantumkan semula untuk lebih ketahanan. Ini juga akan menampakkan gincu seolah-olah sempurna kerana tidak akan kelihatan garisan yang patah. 

4) Simpan gincu di dalam peti sejuk untuk membekukannya selama kira-kira 15-30 minit. 

5) Akhir sekali, betulkan mana-mana bahagian yang tidak rata dengan menggunakan jari anda. Voila! Gincu anda yang patah akan kelihatan seperti baru!

1 comment:

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~