Menu Tab

Peraturan Penting Fesyen Untuk Wanita Bersaiz Besar



Bagi wanita bersaiz besar, anda pasti tahu bagaimana rasanya untuk sentiasa berasa 'insecure' dengan bentuk badan sendiri. Anda pasti tertekan dalam membuat keputusan apa yang perlu dipakai dari segi pakaian, jenis material, corak atau warna untuk kelihatan kurus. Semua ini pasti menyukarkan anda membuat pilihan dan sudah pastinya anda akan lewat ke pejabat! 

Dibawah merupakan beberapa tips fesyen wanita bersaiz besar perlu tahu. 

Terima kenyataanMasalah utama di kalangan wanita ini adalah mereka tidak boleh menerima kenyataan yang mereka bersaiz besar. Mereka banyak menghabiskan wang membeli pelbagai produk untuk kurus. Sayangi diri anda terlebih dahulu, anda perlu menerima hakikat bahawa kurus tak semestinya cantik dan gemuk tak semestinya hodoh. Anda mampu kelihatan cantik jika anda pandai memilih pakaian dan fesyen yang bersesuaian. 

Tahu di mana untuk membeli belah Anda tidak semestinya perlu bergantung pada satu jenama pakaian sahaja. Cuba teroka kedai yang lain walaupun ia sekadar butik kecil sahaja, jika mereka menjual baju dan fesyen bersesuaian dengan anda apa salahnya? 

Cari tukang jahit yang boleh dipercayai Selain mengenalpasti beberapa kedai, anda juga boleh mencari tukang jahit yang boleh dipercayai. Tukang jahit itu perlu lah tahu apa yang sesuai untuk saiz badan anda. Jadi, anda boleh meminta tukang jahit itu menjahit mengikut citarasa anda dan nasihat bernas darinya! 

Langgar peraturan Jangan jadi seseorang yang membosankan dengan hanya memakai gaya yang sama sahaja setiap hari. Anda perlu keluar dari zon selamat jika anda ingin kelihatan berbeza. Anda perlu berani, yakin dan bijak menentukan apa yang perlu di pakai supaya kelihatan cantik. Jika wanita bersaiz besar tidak sesuai menggayakan corak jalur, apa salahnya anda mencuba corak itu, tapi cari yang bersesuaian. 

Jangan jadi hamba fesyen Pasti ada sahaja trend fashion setiap musim, Jika anda seorang yang 'in trend'. Ubah suai fesyen itu mengikut kesusaian dan kselesaan anda. Tidak salah melabur sedikit untuk kelihatan cantik, tetapi perlu ingat, anda perlu tahu apa yang sesuai untuk badan anda dan jangan sesekali mengabaikan keselesaan anda.

8 comments:

  1. yang penting kena tahu memilih pakaian yang bersesuaian dan juga material yang bersesuaian betul tak? nice sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... kena pilih material yg sesuai... yg penting jgnlah jd hamba fesion... kesian tau..huhu

      Delete
  2. panduan berguna..apa yang paling utama perlu dijaga adalah batasan aurat..tidak salah untuk berfesyen..selebihnya buat keputusan mengikut keputusan akal fikiran yang waras dan tidak di kuasai nafsu semata-mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... kena jaga batasan aurat... itu wajib...

      Delete
  3. Hye Assalammuaalaikum. Saya tag awak dalam 3 giveaway ni :)

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/anniversary-giveaway-by-anadiera.html

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html

    ReplyDelete
  4. besar kecik
    masing2 ada baik buruk kan
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... masing2 ada baik buruk... hehe... sy plus saiz juga thats why share benda ni...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~