Menu Tab

Jualan Gudang KrangKraf Yang Dah Lama Berlalu

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya ada pergi ke jualan gundang karangkraf. Pada asalnya saya nak pergi melawat kawan dalam pantang baru pas bersalin kat shah alam. Tup2 teringat minggu tu ada jualan gudang karangkraf. So kami pun sambil menyelam minum air ler. Nak di jadikan cerita saya tak adalah nak membeli. Ape tah lagi memborong. Suami ku pandang je bila tengok bininya ni duk usha belek2 belakang novel baca sinopsis. Hehe.. Risau bini dia beli tak hingat dunia la tu.

Tengah2 ralit membaca tu, tau2 dah ada 4 buku kat tangan. Saya pun tertanya2 confirm ke nak beli ni huhu. Hat yang duk ada kat rumah pun belum habis baca lagi. Dek kerana nafsu membara nak beli buku, lastly terbeli jugaklah 6 buah buku. Bapak segala murah. Tak sampai RM100 pun habis. Tak apa, awal tahun nanti boleh claim incomtax naaaa.. hehe

Masalahnya di sini, bila masa daku nak baca ni wei? TERBELI haha... Ni pun ada hati nak tambah lagi 5 buku terbitan kaki novel yang tengah offer RM10 sebuku. Pergh!! Ni masalah ulat buku ke atau tamak nak beli buku???

Cer cerita sikit??? hehe 



8 comments:

  1. farah pun sama juga, kalau nampak buku semua nak dibeli sebab semua nak baca, tapi biasanya akan tegaskan pada diri sendiri untuk pilih satu jer... so memang contemplatinglah nak pilih mana satu... ha ha ha... tu yang selalu dalam dilemma tu...

    ReplyDelete
  2. husna plak kalau tak baca tak pa, tapi kalau dah baca harap maaf jangan sapa kacau..kena fokus..hewhewhew..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sama la akak.. jgn sape ganggu.. tgh feel...

      Delete
  3. wah bestnye.. dua dari novel kt atas tu kita ada.. mmg x rugi beli.. :)

    ReplyDelete
  4. wah! murah nya kak.. kalau ayu pun rembat byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ayu... akak ni sebab encik abang dah jeling2 je tu yg stop 6 buah je... klu dia tak jeling mau tambah lagi 6 buah haha... tamak tul rasa..

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~