Menu Tab

Ingat lagi Lagu Dalam Kelas Muzik?

Assalamualaikum




Korang ingat lagi tak lagu2 dalam kelas muzik masa kita sekolah rendah dulu? Hehe... Tetiba terngiang-ngiang lagu 3 sekawan. Dari tadi duk nyanyi2 sampai anak ku pun pelik. Hehe tapi dia pun join sekaki.

Lagu : 3 Sekawan....
Aku ada seorang kawan namanya Ah Meng
Dia juga ada kawan namanya Muthu
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar, membaca, main bersama
Hei...Hei...Hei....3 sekawan....
Pastu sy google lagi lagu2 yang lain. MasyaAllah, memang nostalgia sungguh. Dah 20 tahun berlalu tapi daku masih ingat lagi. Mak aih, betapa tuanya daku. huhu.. Jom kita nyanyi lagu masa sekolah rendah... hehe..

Lagu : Ais Kacang
Ais...ais kacang...
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang diminta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkung
Air gula berwarna
Campur semua, enak rasanya
Kegemaran kita semua
Lagu ni paling fames sebab taska anak aku pun duk ajar lagu ni jugak. Tak payah nak tunggu sekolah rendah dah. Haha.. anak ku yg 3 tahun pun dah tau nyanyi...

Lagu : Papaku pulang Dari Kota
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon...pon..pon...pon, pon...pon, ponnn.....pon, ponn....
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik, mari naik
Bolehku bawa ke rumah nenek
Lagi satu korang ingat lagi tak lagu kat iklan tc dulu2 yang menggalakkan budak2 belajar. Moh kita nyanyi sama-sama ya. hehehe
Rajin adik rajin;
Rajinlah belajar;
Bila besar nanti;
Boleh tunjuk ajar;
Ayah juga ibu gembira selalu;
Melihat adikku rajin baca buku.....

Aduhai.. rindunya masa zaman sekolah rendah dulu2. Main tali getah. Main game pijak kasut. Hui... di manakah kawan2 ku semua tu ya? Sekarang dah duduk jauh2. So tak jumpa dah mereka2 yg sekolah rendah tu.

Akhir sekali, siapa tau lagu ni?

Rumah terbakar panggil bomba, 
bomba datang berlumba-lumba...

(tolonglah sambung kalau korang ingat lagi hehe)

1 comment:

  1. ingat lagu papaku pulang dari kora je. hehe rindu zaman kecik2 dulu :D

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~