Menu Tab

MLM tu OK Kalau Kena Cara Yg Betul! JANGAN MENIPU!

Assalamualaikum

Haaaa... sy sangat2 bengang semalam. Balik kerja penat2 tetiba dapat call dari seseorang yg rapat suh datang ke sempadan selangor perak. Korang fikirlah dari SEPANG ke SEMPADAN SELANGOR PERAK tu bapak jaoh gila kami nak sampai. Membazir minyak dan tol bagai. Dahlah minyak baru naik 20sen. Rasa tak berbaloi sungguh pergi! Nak tau apa ceritanya yg saya bengang dan marah sangat ni?!

Gini ceritanya, semalam sebelum balik kerja seseorang yg rapat ni call sy suh datang ke rumah dia. Katanya nak belanja makan. Sy pelik macam ada sesuatu yg tak kena. Sy pun ckp "baru dpt bonus ke?" Dia kata "adalah dpt rezeki sikit." Pastu katanya "nak merapatkan silaturahim". Nak meparatkan silaturahim pe jadahnya hari tu balik kampungkan dah jumpa??? So sy ckp kena tanya suami. Sbb dia ni pun rapat ngn suami. So, suami pun call dia tanyalah "apa halnya kata nak belanja kami makan? Ko ada masalah ke?" Tanya suami kat dia. Dia jawab "ya, ada masalah sikitlah. Tolong sgt dtg sini sekejap pun tak apalah." Yg kami ni dengar suara dia sgtlah kesian. Kebetulan kami mmg tau dia ada masalah keluarga dan adik beradik dia. KOTLAH DIA KESUNYIAN atau NAK BUNUH DIRI KE APAKAN? Huhu..So sy dan suami asume yang dia memang betul2 perlukan kami ke sana utk tenangkan fikiran.                
Ok, kami pun fikir dan bincang balik. Jauh tu bhai kalau nak pergi. Kira macam balik kampung pun ya. Ya-ya lah kita ingat dia ni ada masalah dan terus putuskan utk pergi ke rumah dia. Bimbang jugak kot dia buat apa2 perkara yg diluar kewarasan minda. Kami siap packing bag sekali sbb INCASE PENAT DENGAR CERITA DIA, KAMI TIDO RUMAH DIA. Kami redah jam orang balik kerja, bawa anak kecil, siap sesat lagi, terkandas jam bagai. Pergh! Bila fikir balik MACAM ORANG BODOH je pergi sebab nak dengar masalah dia. Kalau boleh bantu sikit, kami bantu. Suami plak tak boleh dgr org ada masalah. Baik hati sangat sampai nak bantu.



Sesampai kat rumah dia, KAMI TENGOK MUKA DIA RILEKS JE, MACAM TAK ADA RUPA MASALAH PON! Tak dan sy lepaskan penat tetiba dia tanya sy, "mesti akak pelikkan kenapa kita panggil akak?" Dah tentu aku pelik dik oi! Ingatkan dia betul2lah nak cerita masalah dia, rupanya nak cerita pasal MLM!! OMG!!! Kepala aku terimbas semula masa2 kami merempuh jam tadi, sesat, lapo, anak meragam nak susu. Kenangkan dia ada masalah, rupa2nya nak cerita pasal MLM??? Tarik nafas panjang jelah akukan. So, kami tak marah dia sbb yg mengajar dia MENIPU adalah UPLINE DIA!

CARA TACKLE PROSPEK SALAH! Nak try prospek yg pernah berpengalaman join Network Markerting sebelum ni. Kaedah yg sangat berbeza dgn kaedah budak-budak ni tarik prospek. Yg kami dengar sebelum ni lagi batter, BERTERUS TERANG. Tekankan PASAL KUALITI PRODUK. Bukan tekankan pasal downline. Memang mamposlah org tak nak join. Ni bila tanya pasal produk, TERKIAL2 NAK JAWAB. Kenapa ek, MLM mesti nak tunjuk kereta, tunjuk income? Yakinkan org dengan produk dululah. Kalau prospek tak yakin dgn produk mcm mana nak join jd downline??? Mcm sesaje masuk kena cari downline pulak!

Dia orang punya cara SALAH! MENIPU PROSPEK SUH DATANG DARI JAUH! GILA PUNYA KERJA! Org kalau nak tackle prospek, cerita kualiti produk dulu sebelum suh dtg kelas! Ni sampai-sampai je kat tempat kejadian, awal2 dah kata "kami mintak maaf kalau ada yg rasa tertipu dgn kwn2 yg ajak kata nak belanja ke, nak ajak minum ke tapi sebenarnaya ke "sini" " (kelas dia oranglah) Dalam hati menyumpah seranah upline dia ni!


Situ kami dah nampak penipuan dari segi tackle prospek datang kelas. Lagi satu persembahan dan cara penyampaian. Siap tunjuk konon BOLEH BELI MAZDA dan BOLEH DAPAT INCOME 20K SEBULAN. Come on! Kasi panaslah! Kami tak teruja langsung sebab kami pernah dengar leader yg punya income dekat 300K sebulan ya BUKAN SETAHUN tapi SEBULAN 300K. Saving anak2 dia ada 1 Milion setiap sorang anak. Pakai Mercedez E class dan AUDI harga 700K (harga sebuah rumah) okeh. Tersergam indah rumah BANGLO yg indah. Pernah masuk majalah personal money dan setaraf dengan Irfan Khairy. Tak ternganga mulut prospek dengar pasal leader ni? Bukan nak katalah, bila kita ikhlas nak pelawa prospek join network marketing dan bantu dgn gigih hingga prospek berjaya INSYAALLAH AKAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT! Sama2 berjaya. Dan hasilnya dpt seperti leader yg kami pernah jumpa ni.

Satu lagi CARA dia org tackle prospek salah! ADA PULAK KONDEM PRODUK NETWORKING LAIN. Habis segala tok nenek produk org dia sebut. Laki aku senyum je sebab dia dah pernah dengar lagi hebat, so yg ni sebelah matalah. HALLO! KALAU PRODUK KAU BERKUALITI, TAK PAYAH NAK KONDEM PRODUK LAIN! Cerita sungguh2 pasal produk kau barulah org sungguh2 nak masuk. Kami bila dia dah kondem produk lain, MEMANG TERUS PANGKAH!

Pastu bila kene tanya soalan yg pelik2 dgn suami terus mati kutu nak jawab. Kena dengan suami aku suka tanya soalan mcm2, Mana datang income tu semua? Pernah dapat anugerah apa2 ke? Macam mana pencapaian syarikat setakat ni? Pernah dapat anugerah perniagaan beretika ke ke? Dah berapa lama wujud? Carta nombor berapa kat dalam BSKL? Tersenarai dalam sekuriti patuh syariah ke? Pernah dapat lesen perniagaan setiap 5 tahun berturut2 ke? Pernah taja mana2 rancangan ke? Pernah letak kat billboard ke?

Haaaa... gugup gapap dia org nak jwb. Ada pulak kata "kalau kami cerita sampai esok pagi pun tak habis bang". Kat situ kami dah tau mereka tak ready dgn soalan cepumas yg suami bg. Hehehe... kantoi kat situ. Kalau dia tau jawab, sekejap je dah cerita semua tu kat kami kan??? Tak de der sampai besok pagi tak habis kalo ko bijak bercerita... Sengal tahap dewa punya jawapan! Secara jujurnya, kami TAK TERUJA langsung! Knowledge leader dia KOSONG! ZERO dan ZORO haha... Dpt kena ngan suami sy yg kaki melayan SOALAN2 CEPU MAS, langung terduduk nak jawab muahahaha! Nak tergolak daku dengar suami cerita semalam. Siap bagi borang suh suami daku masuk lagi. DENGAN SENYUMAN SUAMI KU JAWAB "TAK APA, BANYAK MASA LAGI BOLEH FIKIR." (ayat basic utk menolak mereka) Explain tak betul dah hulur borang suh masuk?

Hambik panjang lebar sy bercerita. Mintak maaf terpakasa cerita dengan adik2 semua. So, nasihat akak ni, kome klu ada kwn2 yg tetiba pelik nak ajak makan ke minum ke jenjalan ke tengok wayang tetiba tu tanya dulu DAH BUANG TEBIAT KE? Tak pernah jumpa tetiba ajak? 

Haha... lagi satu kalau dah terjebak ke kelas mereka tu, tahan nafsu teruja tu! Masa mereka sponsor atau bentang plan, ajukan soalan2 seperti suami akak tanya di atas tu. Kalau leader mereka pandai jawab meaning group dia TIP TOP dan bagus. 

Last sekali, kalau nak join network marketing, fikir masak2 dulu. Dah cukup sedia dari segi fizikal dan mental ke tidak? Kena be nice with other people. Korang kena bg FULL commitment dgn prospek dan rakan kongsi yg bakal join dari A-Z. Bimbing hingga berjaya. Tak boleh sesekali TINGGALKAN mereka. Masa bentang plan berjanji bukan main, prospek dah masuk ko biarkan terkontang kanting. Macam lahanat je perangaikan? So, kalau tak sedia, jgn gatal2 nak join ya. Ngeeee... once prospek dah masuk, itu satu amanah utk membimbing mereka.

Okay, daaaa...

No comments:

Post a Comment

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~