Menu Tab

Ibu Gunalah Duit Ni Utk Beli Baju Dan Tudung

Assalamualaikum...



Kali ni saya nak kongsi dengan rakan blogger tentang satu kisah benar yang menyayat hati. Saya terima email ni dari email berantai office saya. Jadi, mari kita ikuti kisah ni dan semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Kisah bermula...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
 
Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman-teman pasal anak kecil yang mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata.

Hari ini... semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...
 
"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik sahaja. Along sayang ibu... along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka... takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Al fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

p/s : Sedihnya... ='(

2 comments:

  1. sedihnya. anak sekecil ni dah pndai risaukan ibunya. :')

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah . anak kecil, sungguh mulia hatinya.. huhu

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~