26 Sep - Pelakon dan pengacara kacak, Fizo Omar bakal mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya dengan model muslimah, Mawar Abdul Karim dalam masa terdekat.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pertunangannya, namun dia mejangkakan ia bakal diadakan pada bulan November ini.
"Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini," Kata Fizo kepada mStar.
Dalam pada itu, Fizo, 28, turut memberitahu keluarganya telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga merupakan anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria.
alhamdulillah..tak bertunang pun ok..terus nikah sahajakan.. :)
ReplyDelete