Nasib kurang baik hari ni. Allah nak uji dibulan baik bulan Ramadhan ni. Kereta Alza ku kena gesel dangan kereta orang. Asalnya sebab orang tu salah masuk parking dan terus tergesel bumper depan aku. Nasib baik dalam gambar ni sikit tapi klu tengok dekat2 rasa sakit jugak mata ni tengoknya. Masa digesel tu suami aku Pak Wan tak ada. Aku tak adalah cuak mana cuma dah terfikir macam mana aku nak cakap dengan laki aku tu. Dalam kereta cuma aku dan Zulaikha je. Kalau tak cakap ngan Pak Wan kang aku jugak kena bising sebab tak ambil action n lepaskan si pelanggar tu.
Jadi aku dengan senyuman pahit ni cakaplah kat kakak tu. "Boleh tunggu kejap tak kak. Saya call suami saya. Kita dengar apa kata dia dulu ya. Cat tanggal ni. Kalau dia kata ok, tak pelah."
Kakak tu dah cuak dah tapi dia tunggu jugak. Ko ingat aku tak cuak? Aku pun cuak jugak. Dah nama ada kemalangan walaupun ianya cuma kecik seciput tapi kalau dah melibatkan dua belah pihak, tangan aku ni menggeletar jugak nak settle. Aku ni tak sampai hati tapi kena jugak tanya pendapat Pak Wan, perlu ke mintak ganti rugi. Kalau aku wassup kawan2, semua suruh aku claim ganti rugi. Jadi aku pun call Pak Wan yang sedang seronok membeli belah kat pasar. Aku story sikit2lah, bagi dia faham dan cool. Sekali ko, dia jerkah dalam telefon. Terkejut gegendang telinga mak ni dengar ha.
"Hah?! Kereta kena langgar?! Siapa pulak yang langgar?! Adoi... macam-macamlah hai!"
Dah aku pulak yang kena bebel dalam telepon. Tadah jelah telinga sementara dia nak datang ke tempat parking kereta. Aku cuba nampak cool depan kakak tu supaya dia taklah rasa nak terkincit ke apa. Dengan muka ketat Pak Wan pun sampai. Laki aku tu biasa. Dia memang suka buat muka ketat sebab nak bagi orang gerun dengan dia. Pas tu dia tengok bumper kereta. Dia belek-belek sikit. Perlahan geleng kepala. Pas tu bila tengok muka kakak tu, dia mcm kesian walaupun hati sudah panas sebab kereta sudah comot. Jadi terus dilepakan je kakak tu pergi sebab kesian. Haaa ko jangan tak tau. Laki mak tu muka je bengis tapi jiwa bunga-bunga jugak tau.
Aku pun bersalam ucap selamat hari raya maaf zahir batin pada kakak tu. Dalam kereta Pak Wan diam, bisu, tak cakap apa. Aku cuba buat lawak ketawa2 pun dia tetap buat muka ketat. Tak jalan der! Aku pulak stress tengok muka dia. Huhuhu... mcm ne nak pujuk laki aku ni? Pastu aku sedapkan hati dia.
Lepas tu barulah Pak Wan bersuara. Agaknya dah lega kot pas aku cuba sedapkan hati dia. Ralat tu memanglah kita punyalah jaga kereta sebaik mungkin tapi orang lain jadi penyebab xcident. Kadang-kadang walau kita cuba hati-hati tapi kalau Allah dah kata kun faya kun tu, nak jadi tu jadi jugak xcindent tanpa di minta. Allah nak uji hati kita di bulan puasa. Alhamdulillah... kami dapat kawal perasaan marah tanpa menyinggung hati kakak tadi. Wallahua'lam... moral of story, sebelum keluar rumah baca doa ya."Alah, tak yah ganti sekarang lah. Dahulukan mana yang perlu dulu. Nak dekat raya ni biasalah, Allah bagi dugaan kecik. Harta dunia. Bumper tu tak penting sangat. Bukan rebeh pun. Kalau rebeh tu mmg patut abg minta ganti rugi."
Inilah rupa kereta aku tu. Sikit je cacatnya tapi di mata tak cantiklah. Tak berkenan tengok cat tanggal tu.
Aku pun rasa ralat jugak
sabar yer dugaan tu...saya pun pernah kena gak..kereta yang ditinggalkan parking kemek kat bahagian pintu pemandu...dahlah kereta baru...nasib nasib
ReplyDeleteAlhamdulillah... setakat ni mmg sabar... buat tak nampak je bumper depan tu huhu...
Delete