Kuala Lumpur: Pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling yang didakwa dengan tiga tuduhan termasuk menerbit dan memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook terpaksa merengkok dalam penjara selepas permohonan dibebaskan dengan ikat jamin ditolak oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.
Berikutan keputusan itu, Jye Yee dan May Ling masing-masing dibawa ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang untuk ditahan sehingga kes dibicarakan. Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan bagi sebutan kes.
Sumber : Berita Harian
P/S : Semoga Ia menjadi pengajaran kepada yang lain di luar sana.
betul... sebab tu kena fikir bayk kali bila nak buat sesuatu...
ReplyDelete