Tiba-tiba teringat kenangan tiga tahun sudah. Di mana sebelum kami berpindah ke rumah baru pada tahun 2010. Kami menetap di Villa Impian, Kota Warisan. Rumah yang tinggalkan banyak kenangan manis. Tiga tahun kami sewa di rumah tu sampai beranak sulung. Walaupun tidak sebesar mana tapi kami tetap selesa. Hidup berdua, masa tu baru kahwin. Baru nak mula hidup berfamily, memanglah rumah kecik. Itu je yang mampu masa tu. Sambil2 tu beli rumah yang lebih selesa.
Ruang Tamu
Laluan ke bilik
Arah dapur dan pintu masuk
Thanks to encik Shaifuddin, tuan rumah yang sangat baik, tak banyak kerenah, tak banyak cekadak, tak berkira. Bila orang tak berkira ngan kita, kita pun tak berkira dengan orang tu. Kami pun berlebih kurang je dengan ia. Mana yang rosak tu kami baiki sendiri tapi tak claim pun. Alah, kita yg duduk, kita yang rosakkan so kita baikilah sendiri. Tuan rumah tak banyak cekadak yang kita nak byk cekadak buat apa? So, berlebih kuranglahkan. Jujurnya tuan rumah kami tu memang baik.
Dapat pulak jiran yang baik. Sebelum pindah tu dia sempat hadiahkan saya bantal reben ni. Seriusly sangat cantik dia buat sendiri. Memang creatif dan menarik. Simpan lagi sampai sekarang. Letak dalam kereta. Tak taulah dia still duduk Villa Impian tu ke tak. Dengarnya dia pun beli rumah tapi belum siap masa 2010 tu. Agaknya dah pindah kot sekarang ni tapi tak tau alamat baru dia. Nasib baik ada contact number. Bolehlah roger2 kalau nak singgah.
Apa pun kalo korang nak cuci mata gi la kat blog dia... RIBBON PETALS
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~