Assalamualaikum,
Kenapa entah tetiba sy suka PINK + GREEN? Sudah beralih arah ke? Haha... beg duit sy warna pink. Casing hp combination color pink + green. Now baju pun byk yg pink dan green. Dah kemaruk pulak nak combine dua warna tu. Dulu sibuk suka warna PURPLE segala. Wedding themed pun warna purple. Segalanya warna purple. Sampaikan penuh baju kurung koleksi warna purple.
Sekarang sy tengah tunggu kedatangan Feelook Point Diary Case dan Hera Diary for GNote2. Tak sabo teman nak melaram. Siap beli dua color yg berlainan brand. Boleh tukar-tukar pakai. Hari ni color green, esok hot pink! Nghehe..
Yang green ni Feelook Point. Ya rabbi, color dia sangatlah menggegar jiwa aku. Green Day!
Yang hot pink ni Hera Diary brand. Tengok color memang HOT! seksi pun ada. Tunggu dan lihat je la bila dah sampai nanti.
Beg duit warna pink... Hai geram je sy tengok. Blink! Blink! Dah mata sy ni.
Ikutkan hati, nak je sambar warna hijau jugak tp encik somi dah jeling-jeling tu paham-paham jelah. Ku letak balik yang color hijau. Sambil sengih-sengih kat dia. Al maklum, bagi betis nak peha. Orang tu bg green light beli satu je, yg haku nak beli dua. Ngeee...
"Tak yah membazirlah yang. Pakai dulu yg sedia ada.." Kata encik somi sambil pimpin anak.
Sy senyum je terus pimpin tangan dia.
--------------------
Blink! Blink! Blink!
Tiba-tiba tergoogle combination color PINK + GREEN themed. Cuba kita usha sikit apa jadi kalau dua color ni di kombinasikan. Cantik tau! Untuk sesiapa yang sedang dalam persiapan perkahwian, boleh juga consider dua color yang HOT ni. I tengok pun rasa cair!!! Cantik kot!
Jom kita cuci mata sekejap.
v
v
Pergh! Cantiknya table dihias macam tu. Bunga PINK + GREEN yang terhias di atas meja tu menyejukkan mata yang memandang. Rasanya color hijau ni elok untuk terapi mata yg rabun.
Contoh cover wedding card yang cantik. Sy suka reben PINK di tengah itu. Simple tapi cantik!
Tempat beradu PINK + GREEN. Simple but boleh tahankan? Cuma kelambu atas tu tak menarik sikit... huhu...
Haaaaaaa!!!! Yg ni cantik. Sy suka design bilik ni! Di hiasi dengan tirai. Wow! Tak keluar bilik, pengantin huhu... erm... kita tgk lagi...
Heeee... yg ni pun comel tapi mcm bilik kanak2 riang pulak bila guna comfoter polkadot besar tu.
Simple tapi cantik!
Banyak lagi sebenarnya, cuma malas nak tepek kat entry byk2. Ini cuma cadangan dan pandangan sy sbb mata sy suka kombinasi dua color ni. Terpulang pada korang semua nak pilih untuk themed wedding masing-masing. Nanti cuba korang google2 ye. Mesti rambang mata nak pilih.
P/s: Silalah buat pilihan yang terbaik untuk themed hari bahagia anda. Ok bye!
mmg cantik waran ni..ceria giler :))
ReplyDeletesaila suka pic bilik yg no.1 tu..sbb btk dan ruang sama dgn bilik sendiri,so mcm nk tiru je gaya dia..hehehe :D
ceriakan? hihi ;) sy suka bilik pic yg no.2 tu tp ape kan daya bilik kat umah tak sebesar bilik no.2 tu huhu... jd hias jelah ikut kesesuaian bilik...
Deletesalam kenal, cantek...pink n blue pun cantek..
ReplyDeleteBetul tu bunda... pink n blue pun ada kesinambungan color yg sesuai... ;)
Delete