Hi & Assalamualaikum
Kali ni nak update pasal percutian ku di Endau - Penyabong - Kelong Acheh. Haha! Banyakkan tempat daku pergi? Bunyi je banyak tapi dekat2 je pon. Yang sebenarnya saya balik kampung sebab ada majlis kenduri kahwin. Dah alang-alang bercuti 4 hari 3 malam, saya ngan mr hubby bercadang pergi ke Kelong Acheh di tengah laut Penyabong.
Yang beriya-iya sangat nak pergi tu mr hubbylah. Dia sibuk mengajak sebab nak mengusha tempat pancing paling best dekat laut. Supaya next time dia boleh bawak ayah mertua sekali pergi lepak kat kelong tu. Paling tidak pun dengor2 planning dua beranak tu nak berkhemah tepi pantai sambil memancing atas boat. Orang lelaki itula kerjanya huhu.
Yang kita ni perempuan pulak lepak kat kelong. Dapatlah berehat sambil menghirup udara segar ngehehe. Buat novel kat atas kelong tu pun best wooooo. Itu nawaitu daku sebenarnya ngeee! Angin bayu laut yang bertiup tak de sepoi2 der, kuat! Waaaaaa bestnya kalau ingat balik! ;) Panas macam tak panas. Walau dah tengah hari pun tetap rasa sejuk angin.
Kali terakhir jejak ke kelong tu adalah dalam sebelum kahwin. Ngehehe... Dah kahwin, ada anak sorang barulah ajak mr hubby pergi sekali. Jom saya nak share sikit beberapa gambar sepanjang kami di sana.
Ni kami on the way jalan kaki to jeti penyabong. En Nuar kita tu (my cousin ya) sedang membawa bekalan makanan ke jeti. Bekalan pagi itu adalah nasi lemak buat sendiri oleh mak de. Nyummy!
Inilah dia boat nelayan yang akan kami naik. Masa ni air sudah surut sikit sebab tu boat jadi rendah dari paras jeti. Hohoho! Tapi tetap kami redah jua. Tak susah pun turun. Ngeee =)
Okay! Ready untuk lompat atas boat nelayan! Yeehaaa!!
Mr. Hubby risau sangatlah yang kita ni takut turun ke boat. Huh! Dia ingat kita tak biasa ke laut?
sekali...
Nah ambik, teman yang lompat dulu dalam boat dari dia. Cari punya cari bini dia ni dah hilang duduk baik punya dalam boat tu. Hahaha!
Kini kami sudah berada di dalam boat nelayan. Dua orang kat depan tu adalah sedara. Hehe...
Boat dah mula nak gerak di kawal selia oleh kelasi boat. Keh! keh! keh! Kelasilah sangatkan?
Inilah dia kelasi boat yang tak berapa nak kelasi tu. Hehehe... Enjoy pandu boat!
Ini pulak permandangan on the way to kelong itu. Best! Best! Best!
Now kami dah sampai ke kelong. Tinggi betul nak melangkah naik tangga kayu tu. Huhu... Naik tak pe.. Daku fikir nak turun tu nanti macam mana?
Tangga kayu flat! Jarak nak langkah tu subhanallah, punyalah jarah! Nasib baik kaki ku sampai. Susah nak turon sbb air dah mula surut. Huhuhu...
Ttttaaaadddddaaaa!!!
Inilah dia kelongnya!!! Nak bagi taunya, dkt tengah2 ni kita boleh buat BBQ tgh malam ya tapi kena request awal masa nak booking kelong ni. Kalau booking plak kena bagi tahu sebulan awal sebab kelong ini setiasa penuh dengan pengujung yg gila mancing.
Waktu ni panas terik tapi udara sejuk sebab tengah laut. Kat sini kalau tak silap kami berada tengah laut paras 3 x 6kaki = 18 kaki. Dalam gilerkan paras air? Takot! =(
Brader yang baju oren tu mr hubby ku. Dia tengah usha pancing mana nak pakai. Daku usha angin je dari sini hehehe...
Waktu ni pulak kami berada di ruang dapur kelong. Memandangkan kami kenal mak Yam, jadi kami pun lepaklah kat bahagian dapur ni sambil menikmati nasi lemak yang dibawa dan udang lipan yang ditumis sambal oleh mak Yam. Sedap woooo... *thumbs up!*
Waktu ni pula saya sedang baring kat katil yang betul2 sebelah tingkap dewan tido. Dewan ni boleh memuatkan 30 - 40 orang pelancong. Masa ni tido sambil ditiup angin, peargh!! Bestnya!!!
Gambar di atas ni adalah gambaran dorm, bagi pelancong yg bawa rombongan cik kiah ke kelong hampir 30 ke 40 orang. Memang luas dewannya dan budak2 boleh berlari ke sana, ke mari lagi dalam tu sesuka hati. Jangan terjun laut sudahlah ya. Ngeeee...
Manakala gambar rumah daun rumbia ni pula adalah gambaran bilik tertutup yang agak privacy. Enter je pintu tu, terus nampak bilik by bilik. Jadi bagi pengunjung yg mahukan privacy, jangan risau bilik tertutup juga disediakan untuk keselesaan pelanggan. =)
Kami dah usha baik punya untuk datang next time. InsyaAllah bulan 6 kami nak pergi lagi. Kali ni lebih well preparedlah.
Sape nak ikoooottttt??!! Aaaaa mana tau pas ni aku pulak yang bawak rombongan cik kiah satu bas ke kelong penyabung - acheh ni Ngeeee...
Okaylah bye!
Okaylah bye!
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~